JOM SERTAI KARNIVAL GENG MASJID 2.0 DI KOTA DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Semoga tak terlalu lambat untuk Kin berkongsi dan mengajak anda semua join Karnival Geng Masjid yang sedang berlangsung sejak pagi tadi iaitu 11 Mac 2016 sehingga lusa, 13 Mac 2016.


Buat warga Kota Damansara, jom sama-sama meriahkan Karnival Geng Masjid di Masjid Kuning, Seksyen 5. Pelbagai program menarik diadakan dan juga ada jualan juga di sana. Esok Kin plan nak pergi, siapa nak join? Jom Jom !




Antara jemputan terkenal yang hebat dan akan berada di sana bagi memeriahkan suasana karnival ini ialah Fara Fauzana, Heliza Helmi, Ustaz Asyraf, Ustaz Nazrul, Ustaz Najdi, Daie Luqman, Hafiz Hamidun, InTeam, Bell Ngasri, Encik Mimpi, Dr. Nik Salida dan ramai lagi ustaz yang hebat-hebat.

Aktiviti riadah juga ada disediakan bagi menghiburkan para pengunjung antaranya Fun Ride keliling Kota Damansara, Street Soccer dan Bola Jaring. Ada juga program menderma darah dan pertandingan memasak untuk kaum muslimat di sana.

Banyak kan aktiviti menarik yang dianjurkan. Semoga segala perancangan penganjur berjalan dengan lancar hendaknya.


Dan yang berdekatan tu jom sama-sama meriahkan program keislaman ini. In Shaa Allah. Semoga matlamat penganjur tercapai dengan jayanya. Ameen.




Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,