HIDUP BERUBAH 360 DARJAH KERANA HAL NI

Assalamualaikum. Hai.

Macamana preparation you guys nak raya ni. Lagi 10 hari kan? Baju raya, kuih raya semua dah ada ke? Jangan lupa siapkan duit raya sekali naa. Hihi

Kin pula sibuk dengan final exam. Seriously, kalini exam dengan hati yang berdebar sebab tinggal seminggu lagi tapi belum ready. Tapi tak apa. Slowly. Bukan esok dah exam kan, masih ada masa untuk pulun kan? Siapa lagi ambil exam juga?  Hihi. Sep!

Cuma nak share sikit saja harini.


KENAPA BILA KITA TENGOK ORANG TU DAH BERJAYA KITA RASA NAK JADI MACAM DIA?

Sebab dia ada aura. Aura seorang jutawan. Aura orang hebat-hebat. Tapi kita selalu tertanya-tanya aku nak jadi macam tu juga. Aku nak mula macamana? Dari mana? Selalu kan persoalan macam ni terdetik dalam benak kita, terlintas dalam fikiran kita. Kalau pun tak terlintas banyak kali, at least once in your lifetime. Betul tak?




BETUL NAK TAHU MACAMANA NAK BERUBAH DAN MENGUBAH?


PERTAMA. Set dalam minda yang kita takkan jadi macam dia. Tapi, akan jadi lebih dari dia.

KEDUA. Selitkan perkara baik-baik dalam lisan dan perbuatan setiap hari.

KETIGA. Betulkan yang biasa. Dan biasakan yang betul. Kita pasti akan berada atas jalan yang betul.

KEEMPAT. Ubah perkataan NANTI kepada 'Aku Buat Sekarang!'

KELIMA. Action! Do it rather than say it. Anda Pasti Boleh!







Perubahan tu bukan orang lain yang tentukan tapi diri sendiri. Nak berubah tu diri sendiri. Yang nak mengubah diri sendiri tu juga diri sendiri. Rancang baik-baik, buat baik-baik.


Allah SWT Ada Berfirman, "Tak ada sesiapa yang dapat membantu kamu melainkan kaum kamu sendiri berusaha demi kebaikan kaum kamu sendiri." Maksudnya, apa-apa pun semuanya bergantung pada diri sendiri. Nak berjaya ke nak mundur ke terletak atas diri sendiri.



Doakan Kin berjaya dalam satu laluan ini ya kawan-kawan. Semoga kalian juga sukses di jalan masa depan masing-masing yaa ^^,


Sekian sahaja bebelan CikKin harini. Hihi.



Terima kasih Daun Keladi. Sudi Baca, Mai Lah Singgah Lagi :)


Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,