AFB Lists

Jul 25, 2016

7 TIPS MENDAPATKAN ENGAGEMENT DI INSTAGRAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Ada sesiapa sudah mula dapat idea bagaimana nak HURU-HARAKAN JUALAN DI INSTAGRAM? Jika Sudah, TAHNIAH! Jika belum, sila baca dulu tips di atas. Kin nak share sesuatu yang anda boleh gunakan. Ini adalah TIPS sambungan untuk nombor 2 dalam ENTRI INI.



BAGAIMANA MENDAPATKAN ENGAGEMENT DI INSTAGRAM


Ada 7 Tips Yang Cikgu Adwa kongsikan pada Kin dan semua pelajar. Jom Baca Elmu di bawah :


1. MULA GUNA 'PROFILE PICTURE' YANG SESUAI

  • Jika anda buat bisnes servis dan consultation, gunakan gambar sendiri yang nampak professional, credible dan presentable supaya mudah untuk dapatkan kepercayaan customer jika anda ada 3 ciri-ciri yang Kin sebut tadi.
  • Jika jual produk, letakkan gambar produk anda sebagai Profile Picture. Jika ada item HOT SELLING, FAST SELLING, HOT ITEM dan sebagainya. Jadikan ia Profile Picture Anda. Ingat! Itu adalah First Impression prospek pada anda sebagai seller.


2. MASUKKAN GAMBAR POSITIF DAN BERMOTIVASI

  • Masukkan gambar di Instagram anda dengan sesuatu yang positif dan minda orang yang membaca secara automatik akan menjadi lebih positif dan berfikiran terbuka. Post status atau info-info yang baik dan bermanfaat buat semua. Elakkan luahan perasaan dan jauhi sebarang getaran aura negatif. Set dalam minda, perkara baik-baik saja yang akan diupdate. Ingat! Yang BAIK-BAIK Saja!
  • Gunakan Apps yang dapat membantu anda untuk menghasilkan kata-kata yang menarik di Google Store atau Play Store seperti Instaquote, Textgram, Photofy, Pics Lab dan sebagainya.


3. MULA FOLLOW SEMAKSIMA MUNGKIN NEW FOLLOWER
  • Pastikan anda follow new follower yang menjadi target customer mengikut niche masing-masing. Jangan lagi jadi patung cendana di IG. Hidup segan mati tak mahu. Move On! Orang tak nampak IG anda kalau anda tak mulakan langkah anda. Faham ke Faham?


4. LIKE AT LEAST 100 LIKES SEHARI FOLLOWERS KITA
  • Kenapa ini penting? Sebab dengan cara ini orang akan sedar kewujudan IG kita. Pastikan masa like gambar followers tu selit-selitlah komen sikit. Janganlah sombong sangat tau. Kita nak berniaga kena lah bernetworking dengan orang lain.


5. KOMEN AT LEAST 30 KOMEN SEHARI
  • Komen juga perlu untuk meningkat kepercayaan customer tentang keaktifan kita sebagai seller. Komen lah sekurangnya 30 komen sehari. Boleh juga bahagi 1 IG Followers, kita komen 3 gambar. At least dia dia sedar tentang kewujudan kita dan stalk dia. Hehee. Mana tahu nanti lama-lama Allah buka hati dia untuk komen di IG kita pula. Kot-kot nak beli Floral Skirt kita yang banyak design tu. Rambang mata dia. Hehee. Paling malas sekalipun, at least komen lah bagi ikon senyum pun dah okay dah. Takmo sombong-sombong naa..


6. MULA POST 5 POST SEHARI
  • Bukan mudah nak dapatkan trust dari Follower Instagram ni. Nak nak pula Instagram sekarang dah limitkan siapa yang boleh tengok post kita. Untuk pengetahuan semua, anda tahu kan yang tak semua post kita akan sampai pada semua followers kita, kan? Jadi, caranya adalah kita boleh tentukan mana Follower yang selalu like atau komen IG kita. Kita follow rapat-rapat dengan diorang. Supaya dapat menjadi supporter kita. Dan mula dari tu, selalu-selalulah post gambar di Instagram. Sebab lebih kerap kita post gambar, lagi ramai dapat lihat dan dari situ kita dapat bina kredibiliti kita. Barulah oang percaya!


7. FOCUS!

  • Ajar diri supaya berdisiplin dengan elmu yang cikgu ajar. Praktikkan dan fokus sehingga berjaya dapat hasilnya.


Sekian Elmu untuk hari ini. Banyak lagi elmu nak dikongsikan. Untuk dapat elmu Instagram ni secara cepat dan pantas, boleh masuk Channel Aura Insta Class By Cikgu Adwa secara PERCUMA!





Untuk Register Dalam AURA INSTA SCHOOL, Boleh dapatkan detail terus dengan Kin.

Whatsapp : +60142366915

Class Next Batch Akan Dibuka Pada 30 hb Julai ini.
Cepat Book Seat! Sementara Pendaftaran Masih Dibuka!



Sekian. Silakan Share Jika Bermanfaat.




Baca Juga Artikel :




0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,