ELLA BEAUTY WATER MEMBERI KELEMBAPAN SEPANJANG HARI

Assalamualaikum Hye!


Siapa biasa dengar satu produk kecantikan dari Ratu Rock kita iaitu Ella. Dan Ya! Produk ini adalah produk dari Ella sendiri. Packaging Ella Beauty Water ni sangat cantik tambah pula ada muka Ella depan tu, lagilah cantik plus plus.


Kalini yang specialnya nak story, Kin try dah Beauty Water Kak Ella. Sponsored masa Dinner Program Man Kidal last week. Apa yang bestnya Ella Beauty Water ni adalah ada campuran peppermint dan rose originalnya. Korang tahu kan Rose Original ni sangat baik untuk membantu memberi ruang pada kulit untuk bernafas dan vitamin kepada kulit kan? Izinkan akak tepek muka seketul naa. Walaupun tak berapa nak flawless macam yolls, janji motif kesegaran dan kelembapan dengan PH Water ni yang akak nak sampaikan. Setiap pagi rasa segar sangat dengan aroma bunga dan fresh amat!





Kalau yang baru tahu. Ya! Sangat bagus PH Water yang mempunyai Rose Original. Lama dah Kin cari produk yang ada Rose macam ni, kali ni baru terjumpa dengan produk ni. Alhamdulillah. Kin sangat suka aroma Ella Beauty Water ni sebab ada bau peppermint atau daun pudina yang menyejukkan dan bau bunga-bunga sikit.


Meh kita kenal-kenal sikit dengan baby Ella, ratu rock kita ni.





KHASIAT ELLA BEAUTY WATER
Khasiat dia boleh tahan banyak juga. Selain melembabkan kulit sepanjang hari, Ella Beauty Water juga mampu mengawal minyak di muka. Meh baca manfaat yang lain :
  • Meratakan tona kulit tidak sekata
  • Menghaluskan kulit
  • Menghapus lingkaran hitam di bawah mata
  • Meremajakan kulit
  • Menghalang pertumbuhan jerawat yang aktif
  • Mengurangkan eyebag
  • Melegakan kulit selepas rawatan
  • Melembabkan dan menyuburkan kulit
  • Memberi tenaga dan kesegaran luar biasa kepada kulit
  • Menganjalkan kulit


MACAMANA CARA APPLY ELLA BEAUTY WATER?
Okay, Kin tunjukkan sikit caranya. Senang sangat caranya ni pun.
  • Cuci muka dengan air suam. 2 kali, kasi sampai ke hujung anak rambut tepi-tepi tu.
  • Bersihkan dengan sabun muka korang. Kebiasaannya, Kin guna Karapole Aloe Vera Soap. Aloe Vera Soap ni lidah buaya. Menyejukkan! Dah 5 bulan pakai, ini lah sabun paling serasi dengan Kin so far. Alhamdulillah. Mak pun dah grab seketul dua Aloe Vera Soap ni sebab dia kata wangi bau aloe vera dia dan sejuk. Kena beli lebih lepas ni. Hihi
  • Lepas bersihkan muka, bilas dengan air suam tau. Lepastu, Kin ambil 2 ketul ais balut dengan kain bersih, tepek kat muka (Yang ni officemate ajar, kesannya rasa lembut sebab pori-pori dah semakin tertutup. Tapi jangan expect kesan cepat. Kena konsisten. Kin pun tengah istiqamah lagi ni)
  • Apply acid water sebab pori-pori separuh terbuka masa ni.
  • Apply alkaline water pula.
  • Last sekali baru apply Ella Beauty Water. Ramai juga yang apply selepas make up sebab Beauty Water ni memang dapat membantu makeup korang tahan lama. Kin tak pandai nak make up sangat sebenarnya, cuma touch up mana yang tahu saja, especially part mata sikit lepas tu lipstick sikit sebab muka Kin memang sangat pucat kalau tak tepek dua benda ni. Hihi


So, bila dah makeup, silalah spray Ella Beauty Water yang wangiiii ni. Omnomnom.

Lepas tu, pasti rasa segar bertenaga sepanjang hari. Lagipun botol Beauty Water ni kecil saja, ringan sangat. Boleh saja nak bawa sekali dalam handbag, boleh spray bila-bila rasa perlu. Kan senang, gitew! Mesra solat Beauty Water ni, jadi jangan risau dah okay. In Shaa Allah.




Berminat nak dapatkan Ella Beauty Water ni?
Dapatkan dari agen sah seluruh Malaysia atau HQ Man Kidal Label.

 Man Kidal Label | Produk Artis Lagenda Tanah Air
ORDER : 03-76103970
WEBSITE : www.mklabel.com/
INSTAGRAM : @mankidallabel / @mankeedalofficial




Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,