AFB Lists

Dec 18, 2016

JUAL PRE LOVE ITEMS MURAH ONLINE DI SINI

Assalamualaikum. Hai ! 🌷


Dari dulu sebenarnya ramai dah yang menjual barang pre love ni. Cuma aku saja baru nampak cahaya kesedaran nak menjual pre love item ni. Sebab dulu aku rasa kalau jual pun takda yang nak membeli pun sebab iyalah kan dah jadi second hand punya barang kan. Itu DULU. Sekarang kalau boleh, semua nak jual. Gichew!


Tapi kan, untuk pengetahuan korang, sebenarnya bukan semua pre love item ni barang yang dah setahun dua pakai lepastu nak letgo. Sebenarnya ada saja item yang baru cuma kena pandai cari dan kalau dah rezeki, haaa dapatlah hat baru lagi. Dan kalau rezeki lagi, harga barang baru tu pun lebih rendah dari harga pasaran. Silap-silap barang yang harga ratusan ringgit pun boleh jadi puluhan ringgit saja. Trust me!


Sebenarnya dari dulu lagi aku dah try jual barang pre love ni. First, pernah jual tudung-tudung dan cardigan di Mudah.my. Ada la sorang dua prospek, tapi lepastu senyap. Masa tu pun aku tak reti lagi cara follow up, so database depa pun aku tak simpan. So, rugi dah prospek prelove item ni. Dan sekarang aku nak maintain je Loma Hair Serum dalam Mudah.my ni. Harap-harap pihak Mudah sudi lagi menerima iklan aku. Kekee.



Sekarang ni baru nak try Carousell.


Dulu pernah register sekali lepastu tak reti guna, uninstall terus. Sekarang rasa macam nak jual je barang-barang dalam almari ni yang baru dan juga yang dah pakai dalam beberapa kali je sebab tak selesa sebab singkat dan sebagainya. Boleh singgah sini taw taw. Aku jual murah-murah saja sebab nak clearkan wardrobe ni. Banyak lagi pakaian yang boleh orang lain pakai, daripada terperap je dalam wardrobe ni kan kan kan.







Buat masa sekarang cuma ada tudung-tudung dan shawl labuh saja sebab ni saja sempat shoot haritu. Jemputlah singgah. Harga affordable sangat tau. Serius, untung tak banyak mana sangat pun, sekadar nak clearkan mana-mana yang patut. Biasalah anak tukang jahit, boleh imagine almari yang penuh dnegan baju kurung semua 😂 Hahaa


POSTAGE :
RM5/Semenanjung Malaysia
RM7/Sabah Sarawak

FREE GIFT
WHATSAPP : 014-2366915



Baca juga artikel :

0 Kirim Doa Untuk Mawar Assufi:

Post a Comment

Salam Sayang Dari Saya, Mawar Assufi ^^,