DAFTAR SSM PERJALANAN BISNES SENDIRI LEBIH SELAMAT

Seumur hidup tak pernah terfikir untuk berniaga pun. Inikan pula sampai nak daftar SSM. Sangat tak terlintas dalam fikiran ni haa. Tapi, alhamdulillah. After all yang aku hadapi selama 3 tahun ni betul-betul mengajar aku untuk hidup lebih dewasa. Punchline dia! haha

Dalam dunia perniagaan? Belum pun lama. Baru setahun 10 bulan. Permulaannya pun atas dasar suka-suka nak meniaga online masa Julai 2015. Masa tu masih bekerja dan masih belajar part time di UiTM Shah Alam. Titik tolak keseriusan dalam dunia berniaga ni adalah masa September 2015. September 2015 aku berhenti kerja dengan harapan aku nak berniaga sepenuh masa. Tapi, Tuhan lebih tahu kan 😊 Berniaga tanpa elmu dan mentor, sangatlah sia-sia.


Baru-baru ni aku ada dengar khabar berita yang gomen nowadays dah semakin mengganas. Dorang dah mula cek dan chase bisnes online yang takde SSM dan tak ada bank company. So, salah satu sebabnya adalah atas desakan itulah aku memutuskan untuk daftar SSM. Suggestion aku, kalau korang rasa korang punya bisnes tu dah boleh sustain dan nak maintain that bisnes, jangan tunggu lama-lama dah. Ikat dia, nikahi dia. Eh? Hihi, gurau gurau.


Seminggu aku habiskan masa. Siap berdoa lagi mohon bagi aku nama yang akan buat aku sayang sangat dengan bisnes ni. Ibaratkan bisnes ni akan terus hidup sampai bila-bila. At last, sehari sebelum register. Lepas semua nama yang aku list tu, adalah dalam 10 nama yang cantik. Entah kenapa, Allah gerakkan hati aku untuk aku pilih yang match dengan jiwa aku. Finally, selepas membazir masa seminggu, nama MAWAR ASSUFI juga lah yang terpilih. Sehari je kot pilih nama ni. Alhamdulillah, rasa sayang sangat dengan nama ni. Entah kenapa.




Korang pun boleh semak nama pilihan korang tu available lagi atau tak, semak di www.ssm-einfo.my. A whole week tau aku spend masa nak pilih nama bisnes ni. Teruknya sampai seminggu, kan? Aku ni memanglah seketul manusia yang kalau benda tu ada kaitan dengan aku, aku kena buat elok-elok, baik-baik dan molek-molek supaya benda ni ada beri aku aura dan tarik magnet aku untuk aku sejuk hati dan seronok untuk sentiasa sayangkan bisnes ni macam ini nyawa kedua aku.




Cop stokis ni aku gunakan masa Oktober 2016. Masa ni baru mula berniaga Loma Hair Serum, dan alhamdulillah. Bulan 4 2017 dah ada Sijil SSM, Cop Bisnes, Cop Alamat Bisnes dan coming soon in shaa Allah nak buat akaun syarikat untuk bisnes pula. Allahu. Smooth je perancangan Allah kan. Tak payah pening-pening fikir, Allah bagi bila tepat saatnya. Syukur Ya Allah 😍




Yaa, buat masa ni kan aku agak sibuk dengan kerja, belajar part time dan mengajar tuisyen. Jadi, aku hanya sempat untuk buat sale secara online saja. Walaupun secara online, alhamdulillah. Rezeki berniaga online ni tetap laju. Maybe sebab permintaan produk yang aku jual ni tinggi kot. Syukur sangat-sangat. Yang penting kita usaha, Allah yang akan sentuh hati bakal pelanggan kita tu nanti. Biarlah orang kata apa pun, yang penting tujuan asal kita nak meniaga tu apa? Kalau nak tolong orang, buktikan kita berniaga ni dapat tolong orang. Boleh ke boleh? So, lepas ni kita shoot offline pulak deh.


Abaikan apa orang kata. Yang penting apa yang Allah kata. Tu lebih penting dari jaga hati manusia. Eh, gicheww! Okaylah, ustadha nak chow cincau dulu.

Adios!


Unknown
Unknown

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,