Cara Mendaftar Sebagai Seller Di Lazada Malaysia

CARA MENDAFTAR SEBAGAI SELLER DI LAZADA MALAYSIA | Berita baik untuk korang yang berniaga dan nak tambahkan e-commerce untuk luaskan lagi market produk yang korang jual tu. Tak rugi pun kalau korang cuba sebab korang tak perlu keluarkan deposit atau apa-apa pembayaran kecuali yang belum ada SSM, kena pergi buat SSM. Kalau yang tak ada SSM, boleh buat pilihan individual seller masa mendaftar nanti.

As for me, at first aku pilih individual seller tapi tak pasti kenapa kena buat SSM juga, maybe aku tersilap buat pilihan kot haritu. Tapi, tak apalah, aku anggap ini satu turning point untuk aku lebih serius dalam berniaga. Then, aku pun mendaftar SSM terus dan aku buat akaun bank sekali untuk build trust from online customers.

Nak berniaga di Lazada cukup mudah. Korang dah ada produk untuk dijual? Produk sendiri? Atau produk orang lain? Tak kesahlah mana-mana pun, semua pun boleh. Kena pandai mark-up saja, sebab Lazada pun macam e-commerce lain. Ada caj dan komisyen juga yang dikenakan.



3 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Seller Di Lazada
1. Buka website Lazada Malaysia.
2. Klik Sell On Lazada di bahagian header website.
3. Klik Become A Seller.
4. Isikan maklumat diri maklumat syarikat (jika ada). Jika tiada masukkan ID untuk pengesahan individual seller.
5. Confirm semua detail yang dah diisi. Hantar permohonan.

Later korang akan dapat email di bawah beserta E-Contract yang korang kena isi dan submit dalam tempoh waktu yang terdekat. Dan kalau dah submit, dalam tempoh seminggu belum ada feedback, sila update dengan pihak Lazada sebab tempoh validity E-Contract tersebut hanya sah 2 minggu saja. Lepas 2 minggu korang kena submit lagi E-Contract dengan link yang baru which korang kena dapatkan link terbaru daripada pihak Lazada. Ini pengalaman sendiri, jenuh wei aku nak kena tunggu. Tapi sabar je walaupun 3 kali aku menggagau mana aku letak semua scanned data company aku tu dan 3 kali submission juga lah. Haha


 Once approved by Lazada

Oh ya, lepas dah aktif korang akan terima plastik bungkusan beserta plastik untuk consignment notes sebanyak 50 pcs secara PERCUMA. Tapi Lazada main bagi saja. At first aku dapat Skynet punya plastik. Mak aku punya dapat G-Dex. Terus dapat 2 order pertama, dan aku terpaksa travel ke Kepong selama 30 minit untuk menghantar hanya 2 bungkusan tersebut. Haha. Perabih minyak memang keje aku.

Bukan tak boleh tukar. Boleh. Aku kena submit report melalui email untuk tukar courier service dulu. Since rumah aku di Kota Damansara, courier service terdekat adalah PosLaju. Proses penukaran status courier service ambil masa 2 minggu. Takkanlah aku nak cancel 2 order tu hanya sebab sayang minyak 30 minit kan? 

So, aku pun me-waze je ke sana. Sampai sesat-sesat. Kalau tak sesat-sesat tu, memang bukan aku namanya. Haha.

 The view of the E-Contract. Haa, ini je lah mampu tunjuk.

Antara detail yang aku pernah tersilap isi dulu adalah :

LEGAL NAME should be your company name yang sah. Macam aku nama syarikat MAWAR ASSUFI EMPIRE. Jangan letak nama online shop pula. Contoh Loma Beauty House. Ini salah.

Maklumat lain yang diperlukan adalah yang biasa contohnya, maklumat SSM, pemilik, IC dan lagi satu samada bank statement or utility bill. Lupa dah sebab banyak silap so tak ingat mana yang betul padahal baru bulan April haritu. Kekekee.

Lepas korang punya online shop dah LIVE. Korang dah boleh mula upload gambar produk beserta diskaun kalau nak bagi harga diskaun lah. Biasa yang ada harga diskaun-diskaun ni senang duduk top level. Dan ramailah potential buyer akan nampak produk korang. Ini yang aku buat selama 3 bulan ni. Test market katakau. Haha

Then, korang boleh menanti dengan sabar email "Ping!" masuk dalam notification korang seperti di bawah :



Tipu lah kalau kata tak excited. Haaa gitew! Sebab kalau online promotion, kita buat kawkaw kita dapat, kalau tak buat tak dapat. Yang ni, kita letak je produk kita dan upload setiap minggu, update promotion, join kempen-kempen yang Lazada buat, lepastu duduk diam biar Lazada buat kerja. In Shaa Allah ada rezeki.

Aku sendiri honestly belum berkesempatan untuk join kempen-kempen yang Lazada anjurkan. Sebab perlukan waktu extra untuk faham terms and condition yang ditetapkan semua. Almaklumlah, kedai ni online dan offline aku sendiri yang uruskan. Bukan ada orang lain, so faham-faham sendirilah. Hihi

Kalau cakap soal fees, kos postage, kos return semua in Shaa Allah aku update entry lain tau untuk korang. Kalau nak tanya apa-apa, jangan segan silu bertanya. Malu sesat jalan tau. Hihi


Anything yang korang query sangat,
boleh terus hubungi Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Mawar Assufi
Mawar Assufi

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

6 comments:

  1. Tahniah...semoga success ye kin...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya tips ni. Manalah tau tetiba nak menjual Di lazada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadikan panduan jugak utk meniaga di Lazada.

      Delete
  3. Tq atas infonya..bagus juga ni manalah tau tetiba berniat nak jadi seller kat lazada pulak

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,