INSPIRE | Jaga Hubungan Dengan Allah, Allah Jaga Bisnes Kita


Halwa Telinga (Dengar sambil baca) +

Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?


Cakap marketing dah buat separuh nyawa. Dah beribu ringgit habis hanya untuk ke seminar itu dan ini, masuk kelas sana, masuk kelas sana. Tindakan pun dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8 jam sehari, kita tidur 2 jam saja sehari. Duit pula dah banyak lebur. Segala strategi, teknik dan tips sudah di gunakan. Masa apatah lagi, sudah berbulan memakan pula bertahun. Semakin jauh berjalan semakin singkat umur kita hanya mengejar kekayaan dan kejayaan dalam berniaga. Tapi, hasilnya masih sama atau mungkin tiada lagi.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkanlah sedikit semangat yang berbaki. Sematkan dalam fikiran, ini bukan pengakhiran. Ini bukan tamatnya perjalanan hidup. Mungkin ada perkara asas lain yang kita terlepas pandang. Yang mungkin orang melihat dan merasa, tetapi tidak kita. Sebenarnya bukannya apa pun, tapi akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Sering jadikan yang kedua. Atau mungkin yang ketiga. Entahkan yang ketiga atau yang terakhir gamaknya. Dengar sahaja azan, tangan kita masih ralit mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah, "Kau Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu".

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku, "Mudahnya Menjemput Rezeki".


Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk disusun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat. Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati yang ada di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah."

--- PAUSE ---


Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka. Bibir kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita jelas menunjukkan, Allah last. Inilah bukti Allah sedang menguji kita. Menguji tahap kebenaran kata-kata yang keluar dari lidah kita. Pengajarannya Allah berikan sales yang slow. Tapi kita masih tetap pura-pura tidak nampak. Mencari di manakah silap yang perlu di perbetulkan. Hingga terlupa mahu membetulkan diri sendiri. Membetulkan punca segala msalah yang terjadi.

Ya. Benar. Itulah diri kita. Manusia yang pendosa. Yang sering bergantung harap pada manusia. Pada harta dan barangan. Pada strategi, pada tips dan trick. Pada segala yang kita rasa kita perlu lakukannya pada bisnes kita.


Sedangkan Allah dah tunjuk, sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

  • Solat awal waktu
  • Bersedekah
  • Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
  • Dhuha
  • Tahajjud
  • Taubat

Muhasabah lah duhai hati. Itulah sebaik-baik tindakan. Lakukanlah ia demi hati yang ikhlas pada-Nya. Semoga hati yang keras sekeras batu kerikil juga mampu menjadi cair dan kembalilah kita pada fitrah kita. In Shaa Allah.


Credit : Copy Paste Business Group

Mawar Assufi
Mawar Assufi

A lifestyle blogger who is very passion in accounting field. Love hiking and wish to travel and explore a whole world. Still a newbie in hiking world but wishing to be serious to hike in future. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,